Bicara Ilmiah Gejala Scammer

17 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Oktober 2019, seramai 2 orang wakil Pusat Internet Kg Luak dan Lambir dijemput untuk mengadakan ceramah Bicara Ilmiah Gejala Scammer di Sk South, Miri. Seramai 40 orang guru menghadiri dan mendengar ceramah ini. Antara tajuk yang dikupaskan adalah mengenai bahaya dan cara menangani gejala scammer yang semakin berleluasa pada masa kini.

Selain itu juga, guru – guru juga diberikan kesempatan untuk bertanyakan soalan mengenai gejala scammer. Tayang video Penipuan Internet (Scammer) turut ditayangkan bagi memudahkan pemahaman. Diakhir taklimat, pihak sekolah memberikan sijil sebagai tanda peeghargaan kepada Pusat Internet kerana menjayakan taklimat tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali